Nak Meniaga, Tapi Tiada Pelanggan Yang Beli, 6 Tips Ni Boleh Bantu Anda - Abang Terlajak Laris


Nak Meniaga, Tapi Tiada Pelanggan Yang Beli, 6 Tips Ni Boleh Bantu Anda


Tidak mudah untuk menjual barang? Perkara pertama sekali ialah menarik minat pelanggan untuk mendengar apa yang ingin kita jualkan. Kita juga kena fikir keselesaan pelanggan semasa memberi penerangan supaya mereka tidak bosan dan terus bertanya dan menunjukkan minat terhadap barang kita. 

1. Bawa pelanggan ke fasa ‘Ground Level’. Iaitu kepada ‘level’ apa masalah pelanggan yang sebenarnya. Dan tunjukkan produk/ servis kita dapat membantu.

2. Bertanya lebih banyak tentang diri pelanggan. Barulah kita tahu masalah utama pelanggan. Sebab kadang-kadang pelanggan sendiri tidak nyatakan dengan jelas masalah yang dihadapinya.

3. Ceritakan kesan gunakan produk kita. Bukan ciri-ciri produk kita itu.

4. Gunakan pihak ke tiga (testimoni dan kata-kata pujian pelanggan kita yang lain selepas gunakan produk kita).

5. Biar pelanggan habiskan ayat-ayatnya semasa bercakap. 3-5 saat beliau diam, baru kita ‘masuk’.

6. Bila kita banyak cakap tentang produk, bahasa tubuh pelanggan akan bagi signal yang mereka rasa tidak selesa. Terus masuk ke ‘ground level semula’.

Sumber: thevocket

1 comment:

Powered by Blogger.