7 Petua Mudah Melembutkan Hati Anak-Anak - Abang Terlajak Laris


7 Petua Mudah Melembutkan Hati Anak-Anak



Mendidik anak-anak memang bukan mudah. Semakin mereka membesar, semakin sukar juga tanggungjawab kita. Menyuruh bersolat, belajar, mengaji dan sebagainya kadangkala menduga kesabaran juga.

Apa anda cuba 6 petua ini.

1. Amalkan doa ini selalu mudah-mudahan hati kita dan anak-anak dapat dilembutkan ke arah kebaikan.

“Ya Allah, lembutkanlah hati anakku [nama anak] seperti mana Engkau melembutkan besi di tangan Nabi Daud”.

2. Rasulullah SAW sangat mengasihi kanak-kanak. Ada kisah mengatakan bahawa Rasulullah SAW tidak bangun-bangun dari sujud kerana dipeluk oleh Husin, cucu Baginda. Begitu penyayang Baginda terhadap kanak-kanak sehingga adakalanya kanak-kanak turut diajak bermain lumba lari bersama.

3. Menyebut Ya Latif (Yang Maha Lembut) sewaktu membuat kerja-kerja rumah seperti memasak atau mencuci pakaian anak-anak dapat memberi aura yang baik kepada mereka. Diikuti dengan surah berikut:

Allah Maha Lembut terhadap hamba-hambaNya. Dia memberi rezeki kepada siapa yang Dia kehendaki. Dan Dialah Yang Maha Kuat, Maha Perkasa.
Surah Asy Syura, Ayat 19]

4. Menurut Ustaz Ebit Liew, membaca hadis bersama-sama anak setiap hari dapat melembutkan hati mereka dengan mudah. Untuk permulaan dapatkan sebuah buku himpunan hadis atau kisah-kisah nabi yang diilustrasikan khas untuk kanak-kanak.

5. Rendahkan ego dan minta maaf jika ada mengguris hati mereka. Manalah tahu jika doa kita tidak dijawab kerana kita ada melukakan hati orang yang paling mengasihi kita ini. Bagaimana kita melayani ibu bapa kita hari ini mungkin akan menjadi cara anak kita melayan kita suatu hari nanti.

6. Jika diuji dengan karenah anak-anak, ingatlah bahawa kita dipilih untuk melalui ujian ini. Lihat ke dalam diri apakah yang perlu kita perbaiki dan sentiasa bersangka baik kepada Allah swt.

Order online, Hubungi/whatsapp: Puan Aida (019- 205 5680)

No comments

Powered by Blogger.