8 Tabiat Tidur Ini Buat Anda Cepat Gemuk! - Abang Terlajak Laris


8 Tabiat Tidur Ini Buat Anda Cepat Gemuk!


Punca gemuk anda bukan disebabkan anda terlalu banyak makan benda yang berlemak dan manis. Sebaliknya, cuba periksa tabiat tidur anda macamana.

8 tabiat ini mungkin ada yang selalu anda lakukan. 

1. Tidur tak teratur
Sebuah kajian dilaporkan melalui laman web kesihatan Health24 bahawa masa tidur yang konsisten dikaitkan dengan kurangnya lemak dalam tubuh. Kita patut cuba mengekalkan waktu bangun tidur yang sama setiap hari sekalipun tidak dapat masuk tidur pada waktu yang sama kerana ia berkait rapat dengan kebolehan tubuh untuk mengekalkan berat badan yang ideal.

2. Mengambil makanan berat pada waktu malam
Tabiat ini adalah salah satu punca gemuk kerana anda kurang beraktiviti lagi selepas selesai makan malam. Maka, ia menyebabkan pencernaan anda kurang efisyen.

3. Terus tidur selepas makan malam
Salah satu lagi punca gemuk yang sering dilakukan adalah makan malam terlalu lewat hingga hampir dengan waktu tidur. Tabiat ini menyebabkan lemak akan terkumpul dalam tubuh dari hari ke hari.

4. Snek tengah malam
Sekali-sekala, tidak salah untuk anda mengunyah snek atau ‘supper’ selepas waktu makan malam. Namun, elakkan ia daripada menjadi kebiasaan. Jika terasa lapar, makanlah makanan yang kurang berkalori seperti salad buah-buahan.

5. 'Skip' makan malam
Apabila anda tidak mengambil makan malam, metabolisme tubuh akan menjadi lebih perlahan. Di samping itu, tabiat ‘skip’ makan malam boleh menjejaskan emosi seseorang dan akan menjadikan anda lebih lapar pada keesokan harinya. Akibatnya, kita cenderung untuk makan lebih banyak.

Order online, Hubungi/whatsapp: Puan Aida (019- 205 5680)
6. Minum kopi
Kopi atau sebarang minuman berkafein seperti sesetengah soda yang diambil pada waktu malam adalah amat buruk untuk kesihatan anda. Minumlah air kosong pada waktu malam supaya anda dapat menjadikan fungsi badan lebih efisyen. 

7. Guna gajet sebelum tidur
Daily Mail melaporkan lampu biru yang dihasilkan oleh peranti ini boleh menjejaskan kesihatan serta mengganggu tidur anda. Penelitian mendapati lampu biru tersebut dapat menjadikan seseorang berasa lapar seawal 15 minit selepas terdedah kepada lampu biru tersebut.

Oleh itu, elakkan menggunakan gajet dalam jangka masa 1 jam sebelum tidur. Bukan itu saja, pengkaji yang terlibat dalam eksprimen tersebut menekankan supaya kita tidak lagi mengecas handphone atau sebarang gajet dalam bilik tidur.

8. Tidur lewat
Menurut Pakar Perunding Kanak-kanak, Pusat Perubatan KPJ Damansara, Dr.Mohammad Iqbal Mohammad Sarwar menerusi sebuah akhbar, tidur lewat adalah punca gemuk kerana perut cenderung berasa lapar akibat berjaga.

No comments

Powered by Blogger.