Adakah Ada Kenal Buah Mahkota Dewa? Ini 4 Khasiatnya Yang Anda Patut Tahu - Abang Terlajak Laris


Adakah Ada Kenal Buah Mahkota Dewa? Ini 4 Khasiatnya Yang Anda Patut Tahu


Biasanya, kita mendapatkan mahkota dewa yang sudah diproses, tidak kira didalam bentuk pil atau cecair. Kita jarang menemui buah ini dijual dipasar, tiada permintaan, bahkan tidak enak dimakan. Oleh itu, jika anda mahukan khasiat mahkota dewa ini, anda terpaksa membeli produk-produk kesihatan atau kecantikan yang terdapat di pasaran.

Inilah 4 khasiat mahkota dewa yang anda patut tahu. Setiap kebaikan ini diskokong oleh fakta dan kajian saintifik.

1. Meneutralkan Toksik Dalam Badan
Ianya mengandungi kadar antioksida yang tinggi dan yang terdapat di dalam buah ini adalah alkaloid. Bahan ini memainkan peranan yang penting dalam melawan radikal bebas di dalam badan. Jika radikal bebas tidak dikawal di dalam badan, anda akan lebih cenderung untuk mendapat barah atau kanser.

2. Meningkatkan Daya Ketahanan Badan
Ia juga mengandungi saponin, iaitu satu bahan yang boleh melawan bakteria dan kuman. Jika anda mengambilnya, ia boleh meningkatkan sistem imun badan, mengurangkan kadar gula dalam darah dan mengurangkan risiko darah beku (blood clotting).

3. Memperbaiki Sistem Peredaran Darah
Mahkota dewa mengandungi satu bahan yang dikenali sebagai Flavonoid. Bahan ini boleh membantu mempertingkatkan kadar peredaran darah di dalam badan dan mengurangkan perbentukan lemak dalam saluran darah. Ini secara tidak langsung boleh mengurangkan risiko masalah jantung. Selain itu, flavoid juga bersifat anti-keradangan dan boleh bertindak sebagai anti-oksida. Ia boleh mengurangkan rasa sakit semasa anda mengalami perdarahan atau bengkak.

4.Mengurangkan Risiko Kanser
Buah mahkota dewa mengandungi sejenis bahan yang dinamakan Polyphenols, iaitu satu nutrient yang penting di dalam diet kita. Dan kajian menunjukkan bahawa ian memainkan peranan di dalam mencegah penyakit seperti barah, kanser dan masalah berkaitan dengan kardiovaskular.

Sumber: panduansaya

No comments

Powered by Blogger.