Banyakkan Memberi, InshaAllah Banyak Menerima.. - Abang Terlajak Laris
banner-cikgu-01

Banyakkan Memberi, InshaAllah Banyak Menerima..



Bila kita ada rezeki lebih, eloklah kita berkongsi nikmat tersebut dengan orang yang memerlukan. Tidak akan berkurang rezeki kita, percayalah rezeki kita akan bertambah.

Seperti kisah ini, bagaimana niat baik dibalas Allah dengan rezeki yang tak terduga.

Selepas solat asar, saya masuk terus ke dalam kereta. Ketika sedang berbual bual dengan sahabat saya @soulfiqri, cermin kereta saya diketuk oleh seorang hamba Allah berbangsa Cina.

Nyonya ni meminta ihsan saya untuk mendermakan sedikit wang kepadanya, sebabnya kalau tak dapat cari duit yang secukupnya, dia akan dihalau dari bilik yang disewanya sekarang. Memula saya rasa, nyonya ni sama seperti peminta peminta sedekah yang lain.

Tapi sangkaan meleset, nyonya ni betul betul perlukan duit untuk membayar sewa biliknya. Seharian keluar, dari pagi sampai ke lewat petang, dengan tak makannya lagi, dengan penat lesunya lagi, Allah, sayu benar hati saya.

Terus saya hulurkan sedikit wang sebagai derma ikhlas untuk nyonya ni. Nyonya ni pun cakap, dia dah pergi ke banyak tempat untuk minta tolong, tapi diusir, dihalau dan diherdik oleh yang lain. Sebab tu dia ke Masjid Sultan Abu Bakar.

Sumpah, mengalir air mata saya dan sahabat saya. Seorang bangsa cina, kurus kering, ditinggalkan suami dan anaknya, kini hidup sebatang kara.

Saya terbayangkan, jika Ibu saya di tempat nyonya ni. Memang tak sampai hati. Bukan duit yang menjadi ukuran, tetapi kasih sayang. Nampk di raut wajahnya, yang dia sangat sunyi. Sempat saya offer nyonya ni untuk naik kereta saya untuk hantar pulang ke rumah.

Selesai urusan saya dgn nyonya ni, tiba tiba saya dapat whatsapp dari seorang hamba Allah yang pinjam duit saya yang mengatakan dia daH bank-in baki hutang. Nak kata sikit tak siket, tapi cecah 5 angka jugak jumlahnya.

Allah..mudahkan? Disaat saya tengah perlukan sedikit wang untuk belanja belanja dapur dan utilities, Allah hadiahkan sesuatu yang indah, yang lebih dari setimpal.

Pulang ke kuala lumpur dengsn hati yang puas.

Perkongsian ni bukan lah nak menunjuk saya ni baik ke apa, tapi nawaitu saya supaya lebih ramai yang buka mata dgn konsep 'THE POWER OF SEDEKAH". INSYAALLAAH.

Sumber: Aizul Marcello

No comments

Powered by Blogger.