Bintik Hitam di Kulit Muka! Jom Hilangkan Dengan Petua Mudah Ni - Abang Terlajak Laris


Bintik Hitam di Kulit Muka! Jom Hilangkan Dengan Petua Mudah Ni


Madu dan lemon ini sesuai untuk semua jenis kulit, baik kulit sensitif dan kulit kering.

Selain itu, Gabungan madu dan lemon ini dapat membantu membersihkan kulit, meratakan warna kulit, mengeringkan jerawat, mengecilkan pori-pori, melembabkan kulit, melawan bakteria yang menyebabkan jerawat dan menjadikan kulit anda makin cerah dan sihat.

Madu: madu merupakan antibakteria semulajadi dan anti-inflamasi, bagus untuk mengatasi dan mencegah jerawat.

Kaya akan antioksidan yang sangat bagus untuk melambatkan penuaan. Manfaat madu lain adalah melembabkan kulit dan membantu menyerap kotoran dari liang-liang dan kulit.

Menggunakan madu untuk rawatan kulit secara teratur menjadikan kulit kelihatan muda, halus dan bercahaya.

Lemon: Kandungan Vitamin C dalam lemon boleh meningkatkan pengeluaran kolagen dan meningkatkan keanjalan kulit. Asid sitrik dalam limau membantu mengatasi jerawat, mengecilkan dan mengencangkan pori-pori.

Order online, Hubungi/whatsapp: Puan Aida (019- 205 5680)

Melambatkan kemunculan garis-garis halus dan melawan kedutan.

Bahan-bahan: 

Lemon dan madu saja.

Caranya:

1. Potong separuh buah lemon. 
2. Letakkan 3 atau 4 titik madu ke buah lemon tersebut
3. Gosokkan ke muka anda. 
4. Biarkan campuran selama 5 minit sebelum membasuh muka anda dengan air sejuk. 

Air perahan buah lemon turut membantu mengurangkan tanda-tanda di muka manakala madu pula adalah pelembap semulajadi yang berkesan.

1 comment:

Powered by Blogger.