Buat Sendiri Masker Guna Gam Dan Tablet Hitam Ni Je.. - Abang Terlajak Laris


Buat Sendiri Masker Guna Gam Dan Tablet Hitam Ni Je..


Masker perlu untuk merawat wajah dari kotoran di muka, ia membantu mengeluarkan lapisan sel-sel kulit mati di wajah. Dengan cara dan pemakaian yang betul, proses pertukaran kulit menjadi lancar.

Untuk mereka yang dah cuba pelbagai produk masker untuk muka tetapi tiada kesan, apa kata anda cuba buat masker sendiri di rumah. Gunakan 2 bahan sahaja untuk membuat masker ni.

Gam Kertas (Pilih yang Non-toxic)

Tablet atau Kapsul activated charcoal (beli kat farmasi)

 Cara-caranya..

1. Nampak tak gam tu pilih yang non toxic ok. Picit sikit agak agak dalam mangkuk. Start sikit dulu. Kalau rasa  tak cukup boleh tambah kemudian.

2. Charcoal tablet tu tumbuk dulu dengan batu lesung bagi halus. Make sure batu lesung bersih tiada cabai apa apa takot time bubuh tu habis tercabut hidung punya panas. 

3. Dah halus campur dua dua lepastu gaul ikut kepekatan yang hampa nak.1 tablet tu boleh cover 1 hidung. Kalau nak buat 2 orang pecahkan la 2 tablet. 

3. Make sure bulu hidung tak terkeluar. Kalau ada trim dulu. Takot time apply tu terkena bulu. Bila nak peel nanti sakit.


Ni hasil dia.1 tablet tu boleh apply dekat 1 hidung. Ada juga apply kat dagu dengan kat dahi.


Sedap tengok. Boleh jugak apply 1 muka. Elakkan kawasan banyak bulu/rambut. 

Bagi org yg dah biasa guna charcoal mask yg dah siap tu mesti dapat rasa perbezaan. Yang kita buat sendiri ni tak sakit sangat pun time cabut. 

Boleh buat seminggu sekali. 

Selamat mencuba! 

Tips oleh: Tengku Samihah

No comments

Powered by Blogger.