Bulu Kening Jarang Tak Lebat? Cuba 3 Petua Berkesan Ni - Abang Terlajak Laris


Bulu Kening Jarang Tak Lebat? Cuba 3 Petua Berkesan Ni


Macam mana nak lebatkan bulu kening? Kecantikkan seseorang itu bermula pada wajahnya. Sebab itulah kaum wanita amat menitik berat mengenai kecantikan, terutamanya kecantikan wajah kerana wajah yang pertama dipandang orang apabila berjumpa. Salah satu bahagian yang menjadi tumpuan pengubahsuaian bagi kaum hawa ini ialah kening. Jom amalkan petua ni. 

1. Dengan menggunakan sebiji buah keras, kening anda akan jadi lebat secara semula jadi. Ambil buah keras dan sagat, kemudian air buah keras itu tadi boleh disapu di bahagian kening. Anda boleh amalkan pada setiap malam sebelum masuk tidur. In Shaa Allah kening akan berubah jadi lebat dan cantik. 

2. Cara lain melebatkan kening ialah bakar buah kelapa tua, ambil minyaknya dan amalkan sapu pada bulu kening.

3. Cara seterusnya melebatkan bulu kening, ramas daun lidah buaya sehingga melekit dan sapukan pada kening setiap malam. Aloe vera ini hanya ambil lendir sahaja, lakukan beberapa hari dan lihatlah hasilnya.

Petua-petua melebat dan mencantikkan kening boleh diamalkan oleh sesiapa saja yang inginkan kening cantik dan hitam.

Sumber: Petuaasli 

1 comment:

Powered by Blogger.