Cara Menyimpan Duit Untuk Anak, Umur 17 Tahun Dah Ada Lebih RM10K! - Abang Terlajak Laris


banner-cikgu-01

Cara Menyimpan Duit Untuk Anak, Umur 17 Tahun Dah Ada Lebih RM10K!

gambar hiasan google

Setiap ibu bapa seharusnya mengambil langkah bijak untuk menabung duit anak anak. Bukan apa duit tersebut akan berguna untuk mereka nanti contohnya untuk tujuan pendidikan terutamanya. Mungkin idea ini menarik untuk anda amalkan. Tak perlu bermula dengan banyak, yang penting istiqamah. 

1- Bukalah akaun Tabung Haji anak dengan deposit RM100. Paling lewat waktu anak berumur 6 bulan. 

2- Simpan duit anak secara konsisten ke Tabung Haji anak i.e RM30 sebulan (RM1 sehari).

3- Buat direct debit lebih memudahkan urusan.

4- Jika potong gaji setiap bulan lagi menyenangkan.

5- Selepas 17 tahun, perlu buat persediaan anak mahu melanjutkan pengajian, anak kita sudah ada lebih RM10k:

Nilai prinsipal: RM6220
Nilai dividen: RM4706
Jumlah simpanan: RM10926

6- Ini tidak masuk lagi duit raya anak, duit tabungan anak dan lain-lain, jumlahnya akan meningkat lagi.

7- Kalau terguna duit anak mesti kita ganti, anak pun tidak sedih hati.

8- Ingatlah simpanan hari ini memudahkan hidup anak di kemudian hari.

Sumber: Petuaibu


Order online, Hubungi/whatsapp: Puan Aida (019- 205 5680)

No comments

Powered by Blogger.