Ikut 6 Petua Ini, Nasi Lemak Anda Jadi Lebih Sedap! - Abang Terlajak Laris


Ikut 6 Petua Ini, Nasi Lemak Anda Jadi Lebih Sedap!


Siapa tak suka makan nasi lemak kan? Selain beli anda boleh cuba buat sendiri. Tak rumit mana pun, cuma kena rajin je. Nak tahu resepi rahsia nasi lemak lebih sedap? Boleh cuba 6 petua hasilkan nasi lemak lebih sedap di bawah ni. Ada 2 tips tambahan di bawah. Bolehlah sama-sama cuba ya:

1. Untuk mengelak nasi melekat di periuk nasi, selepas membasuh beras, rendam dalam air biasa selama 10 minit. Kemudian toskan dan masukkan santan

2. Didihkan dahulu santan bersama daun pandan, masak seperti biasa. Nasi menjadi lebih lemak dan sangat berbeza keenakannya.

3. Jika inginkan nasi lemak yang lembut, letak halia yang dititik sebesar ibu jari.

4. Ingin wangikan nasi, masukkan serai, daun pandan, lada hitam, kulit kayu manis, hirisan bawang besar.

5. Jika nasi lemak termentah dalam periuk, cepat cepat masak atas dapur gas dgn api perlahan. Kalau masih tidak jadi jugak, pindahkan nasi tu dalam pengukus dan kukus hingga masak..

6. Jika inginkan nasi menjadi sebijik-sebijik, letak marjerin sikit atau minyak masak.

7. Boleh juga mencampurkan secubit gula untuk kemanisan nasik lemak dan paling penting garam secukup rasa.

8. Untuk sukatan air boleh guna formula ni (Darab 2 tolak 1)

Contoh:

Beras 3 cawan.

Air 3 x 2 = 6 cawan. Tolak 1.

Jadi air yang diperlukan 5 cawan sahaja.

Kalau 5 cawan air tu = 3 setengah cawan air biasa 1 setengah cawan santan.

Faham ke tidak? Hehe. 

Selamat mencuba!

Sumber: FitriHadi

No comments

Powered by Blogger.