Isteri, Nak Mudah Dapat Pujian Daripada Suami? Cuba 5 Tips Ni - Abang Terlajak Laris


Isteri, Nak Mudah Dapat Pujian Daripada Suami? Cuba 5 Tips Ni


Isteri suka kan bila dapat pujian daripada suami. Tak kisah lah sekecil mana pun pujian. Betul tak? Abang nak kongsikan kepada anda bagaimana anda isteri mudah mendapat pujian daripada suami. 

1. Setiap kali anda beli pakaian atau asesori, tunjukkan kepada suami anda agar dia sedar perkara itu. Jangan harap suami anda tahu dengan sendiri melainkan anda sendiri beritahu kepadanya.

2. Jika inginkan pandangan dia mengenai pakaian baru anda itu, carilah waktu suami yang sesuai. Iaitu semasa dia selesai makan dan sedang bersantai merehatkan badan di sofa kesayangannya. Waktu dia tidak sibuk dengan tugasannya.

3. Hanya meminta pandangannya bukan meminta buat keputusan serius mengenai pakaian itu. Contoh,

“Abang, b nak minta pandangan abang je, bukan apa-apa, Yam baru beli baju ni, nak kongsi dengan Abang je”.

Jika percakapan anda menggambarkan dia perlu menyelesaikannya, dia terus stress. Dia sedar yang dirinya buta warna dan tidak pandai membuat keputusan.

4. Sila sediakan soalan objektif yang ada dua jawapan untuk dia pilih. Contoh,

“Abang, sesuai tak baju baru ni jika b pakai ke pejabat?.” “Diantara baju merah ini dengan baju biru, yang mana abang suka?”

Jangan gunakan soalan subjektif yang memerlukan jawapan terbuka. Ini menyebabkan dia terus stress. Contoh,

“Apa pandangan abang baju baru ini?”.

5. Beri kucupan di pipinya jika dia telah memenuhi kehendak emosi anda walaupun anda tahu yang dia buta warna dan mungkin dia sendiri tidak faham akan pujiannya tadi.

Selamat mencuba!

Sumber: Tazkirah 

No comments

Powered by Blogger.