Jadilah Suami Yang Bertanggungjawab & Isteri Yang Memahami - Abang Terlajak Laris


Jadilah Suami Yang Bertanggungjawab & Isteri Yang Memahami


Sahnya ijab dan kabul bermakna bermulalah satu kehidupan yang baharu iaitu dengan komitmen dan tanggungjawab terhadap pasangan.

Seharusnya setiap pasangan mengetahui tanggungjawab dan hak masing masing. Dan bagi suami ada nafkah yang dia perlukan sediakan.  

Bila dah tahu bab nafkah ni, jangan pula demand lebih-lebih hingga di luar kemampuan suami ya. Apa apa pun ikut kemampuan suami. Jadilah penyejuk hati suami dalam segala keadaan. Kalau suami tak mampu, sedikit yang suami bagi tu kita bersyukurlah. Bila bersyukur, moga Allah tambah nikmat dan hidup pun lebih bahagia.

Satu lagi, tolonglah para isteri untuk amanah dengan duit yang suami beri. Misalnya untuk duit belanja dapur, bila memasak tu jangan terlalu berlebihan. Makan berempat saja, tapi masak macam untuk 10 orang. Bila tak habis, simpan peti ais...terlupa pulak nak makan..akhirnya dibuang. Kata ustaz, isteri yang selalu macam ni...isteri yang khianat. Dia tidak amanah. Mungkin dia tak sedar yang perbuatannya itu boleh mendatangkan dosa.

Bagi suami yang isterinya bekerja pula, jangan sedap sangat guna duit isteri tanpa izinnya. Dah lah duit rumah guna potongan gaji isteri, duit dapur pun guna isteri....duit makan isteri di pejabat tak pernah hulur...konon cakap, "duit gaji saya, saya simpan untuk emergency..untuk kegunaan kita jugak"....Awak, kalau isteri awak tu tak halalkan, tak lepas nanti awak di akhirat.



Order online, Hubungi/whatsapp: Puan Aida (019- 205 5680)

Ada sahabat saya beritahu, suaminya setiap malam sebelum tidur akan selalu minta maaf dan minta dihalalkan jika dia ada teralpa tentang tanggungjawabnya atau ada termakan duit isterinya. Bila suami cakap macam tu...takkanlah kita tegar untuk tidak memaafkan. Betul tak?

Isteri jika bekerja, walaupun memang bukan tanggungjawab kita untuk cover belanja rumah, tapi jika suami memang tak mampu, kita belajarlah untuk sabar dengan ujian ni, belajar untuk redha dan seterusnya bersyukur. Kenapa perlu syukur? Bersyukurlah kerana di sebalik ketidakmampuan suami itu, ada hikmah tersembunyi. Allah rupa-rupanya nak bagi kita pahala besar. 

Mulai sekarang, segala yang kita belanja untuk keluarga tu niatkanlah sebagai sedekah. Sedekah pada keluarga terdekat, pahalanya sangat WOW melebihi pahala sedekah fisabilillah kata ustaz. Sentiasa ingat, hidup kita di dunia ni untuk kumpul pahala sebanyak-banyaknya. Syurga tu kan mahal.

Sesungguhnya sedekah itu menggugurkan dosa seperti air memadamkan api...juga membentengkan kita daripada api neraka.

Sumber: Ustaz Fawwaz

No comments

Powered by Blogger.