5 Petua Boleh Dilakukan Jika Terkena Sengat Ikan Keli - Abang Terlajak Laris
banner-cikgu-01

5 Petua Boleh Dilakukan Jika Terkena Sengat Ikan Keli


Perkara pertama sekali yang perlu anda lakukan sebelum mencuba beberapa petua dibawah ini ialah, picit bahagian yang terkena sengatan tadi sehingga keluar darah. Kemudian bolehlah mencuba salah satu petua dibawah.

1. Kopi
Ambil dalam 3 sudu serbuk kopi dan masukkan dalam cawan. Kemudian curahkan dengan air panas dan wapkan bahagian yang terkena sengatan ikan keli tadi.

2. Asam Jawa
Sapukan asam jawa di bahagian yang telah disengat, kemudian tampalkan seketika dengan cara membalutnya bersama dengan asam jawa.

3. Limau Nipis
Belah limau nipis dan sapukan dibahagian yang terkena sengatan tadi. Kedengaran seperti agak mengerikan, tetapi ini adalah salah satu petua hilangkan bisa ikan keli.

4. Sabut Kelapa
Bakar sabut kelapa dan layurkan dibahagian yang terkena bisa sengatan ikan tadi. Kaedah ini mengambil masa selama lima hingga sepuluh minit untuk menghilangkan rasa sakit.

5. Kapur Sirih
Sapukan dengan nipis disekeliling bahagian yang terkena sengatan ikan tadi, pastikan kapur tidak mengenai luka.

Sumber: PetuaIbu

No comments

Powered by Blogger.