Jodoh Perlu Dicari Atau Biarkan Ia Datang Sendiri? - Abang Terlajak Laris


Jodoh Perlu Dicari Atau Biarkan Ia Datang Sendiri?


Ditanya mengenai soal cinta dan jodoh, bagi yang sudah meningkat usia dan belum mempunyai pasangan kekasih pasti akan memberi jawapan selamat.

"Kalau ada jodoh, tak kan ke mana.. cepat atau lambat pasti ada juga"

Persoalannya, bolehkah hanya mengharapkan takdir semata-mata tanpa perlu berusaha? Ya, sememangnya jodoh setiap orang telah ditetapkan tetapi jika tiada usaha ke arah mencari jodoh, bukankah ia sesuatu yang merugikan? 

Hanya menunggu dan terus menunggu, tanpa disedari umur telah semakin meningkat. Bukankah Allah telah berfirman :

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa yang ada pada diri mereka" (13:11). 

Ini membawa maksud kita sentiasa mempunyai peluang untuk mengubah takdir (apa yang kita alami sekarang) dengan izinNya. Jadi khas untuk yang pernah kecewa dengan cinta lalu dan masih belum "move on", bangkitlah mencari jodoh anda. 

Jangan biarkan kisah lampau membuatkan anda berhenti berharap, terus menunggu dan hilang semangat untuk bercinta lagi.

No comments

Powered by Blogger.