Kaki Berbau? 2 Petua Mudah Ini Boleh Hilangkannya.. - Abang Terlajak Laris


Kaki Berbau? 2 Petua Mudah Ini Boleh Hilangkannya..


Ada masalah kaki berbau tak? Tak mungkin tak de kan lebih lebih lagi mereka yang berkerja 8 ke 9 jam tu. Balik rumah, kepam bau kaki bila buka kasut. Jom cuba petua ini.

Cari bekas yang agak-agak boleh muat kedua-dua belah kaki. Masukkan air bersih dalam bekas tu. Lepas tu campurkan dengan 2 sudu garam dan satu genggam asam jawa. Gaulkan sedikit dan rendam kaki anda dalam bekas tersebut lebih kurang setengah jam sambil menonton tv ke atau apa-apa aktiviti yang seangkatan dengannya.

Sambil-sambil tu gosokkan asam jawa tu pada kaki, biar kena ke seluruh bahagian termasuk jari-jemari kaki, tumit dan tapak kaki.  Petua ini dikatakan dapat membantu menanggalkan sel-sel kuit yang dah mati dan boleh menjadikan kulit kita lebih halus mulus.  Dan yang paling syoknya kaki korang dah tak berbau dah. Kalau tak percaya cuba cium. Haha.

Satu lagi petua ialah..

Sediakan satu bekas air.  Dalam bekas tu letakkan uncang teh. Bila dah dimasukkan uncang tu, kacau perlahan-lahan seketika kemudian rendamkan kaki dalam setengah jam.

Amalkan sekerap yang mungkin.

In sha Allah lepas nie kaki dah tak berbau lagi. Tak yah susah-susah nak spray minyak wangi kat kasut dah..

Order online, Hubungi/whatsapp: Puan Aida (019- 205 5680)

No comments

Powered by Blogger.