Kena Tahu! 6 Makanan Ni Jangan Letak Dalam Peti Ais - Abang Terlajak Laris


Kena Tahu! 6 Makanan Ni Jangan Letak Dalam Peti Ais


Mungkin ada yang beranggapan makanan lebih elok jika diletak dalam peti ais. Tapi apa yang anda kena tahu tak semua ya! Ini kerana ia mungkin menyebabkan cepat rosak.

Abang listkan jenis makanan yang tak perlu letak dalam peti ais.

1. Kopi
Kopi ni sebenarnya umpama span yang akan menyerap semua bau-bau kurang enak. Bayangkan betapa banyak barang makanan dalam peti ais. Kopi akan ‘tarik’ semua bau tu dan menyebabkan ia hilang rasa sebenarnya. Bukan saja rasanya akan terganggu bahkan baunya juga takkan harum. Jadi kopi bukanlah sesuatu yang sesuai diletakkan dalam peti ais.

2. Tomato Dan kentang 
Suhu sejuk akan menjadikan tomato dan kentang menjadi lembik. Suhu sejuk akan menggalakkan kedua-dua sayur ini mengecut dan merosakkan teksturnya. Sudahnya, tak boleh digunakan lagi.
Tomato yang diletakkan dalam peti ais selama beberapa hari akan menukar rasanya menjadi masam.

3. Bawang 
Bawang yang diletakkan di dalam peti ais bukan sahaja akan menjadi lembik tetapi mudah berkulat. Andainya anda hanya guna separuh biji bawang dan yang selebihnya itu disimpan dalam peti ais, lapisannya akan menjadi kering dan berbau.

4. Madu
Madu tidak sesuai diletakkan dalam suhu sejuk. Sebaiknya, tutup kemas botol madu dan letakkan di rak dapur atau atas meja makan saja. Meletakkan madu dalam peti ais akan meninkatkan kelajuan penghabluran gula dan menukarnya menjadi keras.

5. Avocado
Waktu beli, buah avokado ni padat dan keras. Ia memerlukan masa untuk menjadi ranum dan mempunyai rasa yang enak berlemak. Bila disimpan dalam peti, ia menghentikan proses ia menjadi ‘masak’ kerana suhu yang sejuk.

6. Roti
Kenapa ada orang yang suka letakkan roti dalam peti ais ya? Roti yang disejukkan akan menjadikannya keras dan berderai. Lainlah kalau dibuat sandwic, bolehlah disimpan dalam peti ais. Barulah rasanya akan menjadi lebih sedap. Tapi roti putih kosong eloklah diletakkan diluar peti ais sahaja.

Order online, Hubungi/whatsapp: Puan Aida (019- 205 5680)

1 comment:

Powered by Blogger.