Kenapa Saya Jadi Badang? - Abang Terlajak Laris
banner-cikgu-01

Kenapa Saya Jadi Badang?


Rasanya ramai yang dah tahu saya tengah menjalani filem badang sekarang kan? Pertama kali dalam hidup saya akan berlakon di layar perak bersama pelakon yang berpengalaman seperti Fasha Sanda dan Fauzi Nawawi. 

Filem ini diarahkan oleh pengarah terkenal iaitu Datuk Profeser Dr. A. Razak Mohaideen.

Kenapa saya jadi badang? Mesti anda nak tahu kan?

Pengasas produk D'Herbs iaitu Datuk Aliff Syukri Kamarzaman menyangkal pemilihannya sebagai pelakon utama filem Badang adalah kerana dia menaja kos penerbitan nashkah arahan Datuk Profeser Dr. A. Razak Mohaideen itu.

Aliff, 30, sebaliknya berkata, dia tidak terlibat dari sebarang urusan produksi malah pada awalnya terkejut apabila ditawarkan peranan dalam filem berkenaan.

"Saya tidak menaja atau terlibat dalam sebarang urusan produksi sebaliknya dibayar untuk membintangi filem itu.

"Pada awalnya saya terkejut juga ditawarkan berlakon malah mengambil masa agak lama juga berfikir sebelum memberikan keputusan.

"Bagaimanapun saya akhirnya bersetuju kerana berlakon memang impian saya dan alang-alang mendapat peluang rasanya tidak salah saya mencuba bagi membuktikan saya ada bakat dalam lakonan," katanya kepada mStar Online.

Petikan Mstar.com.my

Siapa dah tak sabar nak tengok?

No comments

Powered by Blogger.