Kulit Berminyak? Hilangkannya Dengan Buat Skrub Sendiri... - Abang Terlajak Laris


Kulit Berminyak? Hilangkannya Dengan Buat Skrub Sendiri...


Bahan adunan sendiri memang elok buat anda kerana ianya tiada bahan kimia dan selamat untuk kulit anda.

Abang kongsikan cara, petua dan bagaimana mengatasi kulit berminyak dengan menggunakan homemade skrub.

1. Oatmeal Skrub
Bahannya oats dan air

Caranya..
Cara membuatnya ialah kisarkan oats anda di dalam blender sehingga hancur seperti tepung.
Campurkan kisaran oats yang telah dibuat tadi.
Gunakan sebagai skrub.
Amalkan selalu dan kulit anda akan kurang berminyak.

2.  Madu dan Badam Skrub
Bahan yang digunakan adalah – almond (badam) dan madu.

Caranya..
Cara membuat scrub madu dan lemon ini adalah dengan ambil segenggam badam dan kisarkan ia. Jangan kisar badam itu terlalu halus.
Campurkan kisaran badam itu dengan 2 sudu besar mengandungi madu.
Gaulkan sehingga sebati.
Scrub ini boleh disimpan di dalam peti sejuk dan ianya tahan 2 ke 3 hari.

3. Skrub Lemon
Sediakan 1 biji buah lemon

Caranya..
Perahkan buah lemon itu
Air dari perahan lemon itu dicampurkan dengan air garam.
Sapu dan urutkan pada muka anda dengan urutan dari bawah ke atas.
Biarkan ia selama 10 ke 15 minit dan bilaskan dengan air bersih.

Sumber: ihealth

Jom lihat Chinta nak buat apa hari ni.

No comments

Powered by Blogger.