Lelaki Diharapkan Wanita Bukanlah Kena Terlalu Sempurna Atau Jiwang Tetapi Cukuplah.. - Abang Terlajak Laris


Lelaki Diharapkan Wanita Bukanlah Kena Terlalu Sempurna Atau Jiwang Tetapi Cukuplah..


Lelaki yang diharapkan wanita bukanlah kita kena terlalu sempurna atau terlalu jiwang. Tetapi cukuplah buat mereka gembira jika suami mereka seorang yang:

1. Mata yang memandang wajah ketika mereka bercakap. Mimik muka yang memahami suka duka dan pandangan terasa diri mereka disayangi. Nabi saw akan pusing semua badan bila bercakap dengan seseorang. Mengadap mereka sepenuhnya.

2. Sediakan telinga untuk mendengar dengan penuh perhatian tanpa potong cerita mereka sampai habis. Tiada orang lain tempat mereka mengadu dan bercerita lagi selain suami mereka.

3. Selalu membelai mereka. Pegang tangan ketika berjalan. Peluk ketika berjumpa.Picit-picit tangan dan kaki mereka kerana ucapan terima kasih menjaga anak-anak dan menguruskan rumah.

4. Rajin bantu mereka. Masak, hidang makanan, mengemas dapur, meja makan, basuh pinggan, suapkan anak, buat air, anak bergaduh, anak nak main permainan, dengar anak bercerita. Kita mudahkanlah mereka nanti Allah sayang kita. Nabi saw uruskan hal rumahtangga sendiri.

5. Beri hadiah dan kejutan sentiasa buat mereka sebagai ubat pengorbanan mereka. Hargai mereka. Apalah salahnya kerana Allah kita gembirakan mereka. Kadang-kadang kita beri hadiah, kata-kata manis, senyuman sayang, air mata ikhlas,dan bawa mereka berjalan-jalan. Nabi saw selalu berikan hadiah.

6. Sediakan bahu bila mereka menangis. Biarkan mereka menangis. Biar mereka luahkan perasaan mereka. Jangan ceramah atau nasihat mereka dulu
Biar mereka menangis..

7. Menghargai ibubapa dan keluarganya. Buat baik pada mak ayahnya mak ayah kita. Kerana asbab doa dan korban mereka kita kenal isteri kita.

8. Sekali sekala ucapkan kata cinta dan sayang padanya. Nabi saw ajar supaya kita ucap jika kita sayang seseorang..

9. Asasnya jaga solat awal waktu berjemaah. Bawa isteri dan anak-anak solat. Tahajud dan dhuha. Saling doa mendoakan, solat malam bersama-sama, baca Al Quran sama-sama, belajar bersama-sama, berada jalan Allah bersama-sama.

Betul tak wanita? 9 perkara ini yang anda mahukan? Berdoalah selalu supaya anda dikurniakan lelaki seperti ini. Amin.

Sumber: Ebit Lew

No comments

Powered by Blogger.