Macam Mana Nak Banyakkan Duit Gaji? Cuba Cara Mudah Ni.. - Abang Terlajak Laris


Macam Mana Nak Banyakkan Duit Gaji? Cuba Cara Mudah Ni..


Sesetengah orang bila dapat gaji masih mengeluh, nak bayar itu ini. Sebulan kerja, tak sampai seminggu duit gaji dah berkurang. Kadang kadang tu tak sedar tetiba duit tu cepat je mengalir keluar. Ada yang tak kena tu dengan diri kita. Nak tahu apa? iaitu keberkatan.

Jadi apa yang harus kita lakukan?

1. Bila hari terima gaji, jangan dilupa ibu dan ayah. Perkara pertama buat, transfer utk mereka dahulu. Banyak atau sedikit, itu tidak penting. Walau mereka berdua mungkin sudah berpendapatan, tetapi berikan kepada mereka sebagai hadiah. Percayalah, duit gaji kita akan cukup.

2. Jangan dilupa “Tabung Haji”, memotong melalui potongan gaji lebih baik. Anda tahu, bila kita sudah mendaftar haji, ia bermakna “Nawaitu” itu telah ada!

3. Sebagai seorang isteri yang bekerja, bantulah suami! Tidak salah jika isteri berkata “Duit I, Duit I, Duit suami, Duit I! Tapi, redha itu lebih penting. Suami pula jangan ambik kesempatan atas kebaikan isteri!

4. Sebagai isteri yang tidak bekerja, redha dengan apa yang ada. Jangan merungut! Tiada suami yang mahukan kekurangan dalam keluarga.

5. Lihat ahli keluarga yang terdekat, siapa yang perlu dibantu dahulu sebelum bersedekah atau hendak bantu orang susah, anak yatim? Rezeki kita akan sentiasa cukup jika mendahulukan orang yang dekat! Kerana sabit dlm hadis Rasul saw.

6. Jangan kedekut tetapi jangan pula terlalu boros! Memberi makan merupakan sedekah yang sangat mudah. Sekali sekala, apa salahnya belanja kawan-kawan dan saudara-mara.

InshaAllah jom beramal! Semoga bermanfaat.

No comments

Powered by Blogger.