Mahu Lebatkan Janggut dan Misai, Cuba 4 Petua Ini - Abang Terlajak Laris


Mahu Lebatkan Janggut dan Misai, Cuba 4 Petua Ini


Menyimpan janggut adalah sunnah Rasulullah S.A.W. Selain itu, Sebuah kajian dari University of Southern Queensland, Australia yang diterbitkan dalam Jurnal Radiation Protection Dosimetry, menunjukkan bahawa janggut atau jambang mampu memberi perlindungan sebanyak 90 hingga 95 peratus pada wajah daripada sinaran UV yang boleh menyebabkan kanser kulit.

Jom cuba petua ini jika anda ingin melebat janggut dan misai..

1. Ambil putih telur dan sapukan di kawasan yang anda inginkan mengikut bentuk citarasa anda tersendiri. Amalkan setiap malam sebelum tidur selama seminggu berturut-turut. Janggut, misai atau jambang yang anda ingini akan tumbuh dengan lebatnya.

2. Ambil ½ gelas santan pekat yang dicampurkan dengan ¼ gelas air kayu cendana. Telur udang yang telah dihaluskan juga dicampur. Sapu campuran tersebut rata-rata pada janggut anda.

3. Pakai minyak “Bon”. Mula-mula cukur sampai licin terlebih dahulu, kemudian sapu sikit air suam. Kemudian sapu dengan minyak Bon. Jangan makan benda berempah.

4. Gunakan minyak tanah campurkan dengan bawang putih dan tumbuk lalu lumurkan pada misai atau janggut anda. 

Selamat mencuba!

Order online, Hubungi/whatsapp: Puan Aida (019- 205 5680)

No comments

Powered by Blogger.