Rupanya Sengkuang Ni Boleh Cerahkan Kulit! Jom Amalkan - Abang Terlajak Laris


Rupanya Sengkuang Ni Boleh Cerahkan Kulit! Jom Amalkan


Selain sedap sengkuang ni juga mengandungi pelbagai khasiat kerana kaya dengan kandungan air. 

Lebih menarik, ia juga mampu membuat anda kelihatan lebih muda dan cantik! Nak tahu mengapa sengkuang baik untuk wajah anda?

Ini adalah tiga manfaat daripada buah sengkuang yang baik untuk wajah anda.

1. Kuasa Mencerah
Buah sengkuang mengandungi sari pati yang dapat digunakan untuk kecantikan terutama untuk mencerahkan kulit. Jadikan sengkuang yang sudah diparut sebagai masker. Biarkan sekitar 15 minit dan bilas muka dengan air bersih.


2. Mencegah Penuaan
Sengkuang mengandungi vitamin C yang bukan sahaja baik untuk kesihatan, ia juga ternyata mampu mencegah proses penuaan. Caranya adalah dengan menggunakan masker sengkuang pada waktu malam. Lakukannya dengan kerap bagi melindungi kulit dari radikal bebas.

3. Menyegarkan Kulit 
Bukan sahaja kaya dengan nutrisi dan kandungan air, sengkuang juga mengandungi Vitamin B dan vitamin C yang mampu menjadikan kulit lebih sihat dan segar. Untuk mendapatkan kulit yang sihat, amalkan penggunaan masker sengkuang pada waktu malam ataupun mengambilnya (makan) secara langsung. Ia juga boleh dijadikan sebagai jus.

Cubalah! Anda takkan rugi apa-apapun. 

Sumber: CARI

No comments

Powered by Blogger.