Melecur Terkena Air Panas, Terbakar Cuba Guna Gandum! - Abang Terlajak Laris


Melecur Terkena Air Panas, Terbakar Cuba Guna Gandum!


Biasa mereka yang suka memasak, ada kalanya tangan kita terkena air panas, minyak panas kan? Satu perkongsian menarik mengenai gandum yang dikatakan mampu mengelakkan daripada anggota badan daripada melecur teruk. Jom baca..

Sedang saya memasak jagung dan garfu saya tersekat di dalam air mendidih ketika untuk melihat jika jagung sudah boleh diangkat. Tiba tiba tangan saya terlepas dan termasuk ke dalam air yang sedang mendidih!! Seorang rakan saya, yang merupakan seorang doktor haiwan Vietnam yang sedang berada didalam rumah itu terkejut kerana saya menjerit kesakitan. Rakan saya bertanya kepada saya jika saya mempunyai tepung gandum. Lalu tangan saya yang dlm kesakitan itu ditarik dan dimasukkan kedalam beg yg diisi tepung gandum lalu membenamkan tangan saya di dalam tepung itu. 

Dia memberitahu saya supaya tangan saya dibenamkan dalam tepung selama 10 minit. 

Beliau berkata, Di Vietnam, terdapat seorang lelaki disambar api dan dalam keadaan panik, mereka melemparkan beg tepung keseluruh tubuh beliau untuk memadamkan api tersebut. Akhirnya, ia bukan sahaja memadamkan api itu, tetapi dia tidak sama sekali melecuh !!!! 

Dipendekan cerita, saya letakkan tangan saya di dalam beg tepung selama 10 minit, kemudian saya tarik keluar dan tangan saya langsung tidak juga ada tanda merah atau melecuh & benar-benar TIDAK SAKIT. 

Sekarang, saya simpan satu beg tepung di dalam peti sejuk dan setiap kali saya terbakar saya lakukan seperti itu sendiri. *Tepung yang sejuk adalah lebih baik daripada tepung suhu bilik*. 

Saya menggunakan tepung gandum dan tidak pernah ada tanda tempat merah / terbakar, atau lecuh! Saya juga pernah melecuh lidah sekali, lalu saya letakkan tepung di atas lidah saya yg melecuh itu selama kira-kira 10 minit. Kesakitan terus hilang dan tidak ada tanda terbakar. Pelikkan!! 

Simpan beg tepung di dalam peti sejuk anda sebagai pencegah kelecuran sekiranya ahli keluarga ataupun diri kita sendiri terkena bahan bahan yang panas disebabkan api. Tepung gandum mempunyai daya penyerap haba dan juga daya antioxidant yang kuat. Oleh itu ia membantu dalam kelecuran kerana terbakar dan meredakan kesakitan jika dilakukan dalam tempoh 15 minit. 

Sumber: Ani Sup Utara Aneka Resepi

No comments

Powered by Blogger.