Nak Kilatkan Periuk & Perkakas Dapur? Hanya Guna Asam Keping Je.. - Abang Terlajak Laris


Nak Kilatkan Periuk & Perkakas Dapur? Hanya Guna Asam Keping Je..


Kadang-kadang kita terlalu khusyuk memasak sampai habis hitam kuali dan periuk akibat jelaga atau kerak hangus. Cara ini sesuai untuk perkakas dapur jenis keluli, perak, besi, tembaga dan sebagainya. Ini adalah cara mengilatkan periuk atau perkakas dapur menggunakan asam keping, langkah demi langkah.

1. Mula-mula, sediakan periuk yang besar dan boleh memuatkan perkakas yang boleh anda celupkan ke dalamnya nanti. Kemudian, masukkan asam keping sekitar 6-7 keping dan panaskan hingga mendidih.

2. Ambil perkakas tersebut dan celupkannya ke dalam periuk besar tadi.

3. Rendamkan periuk atau bahan yang ingin dikilatkan tadi selama lebih kurang 2 minit. Kalau rajin, terbalikkan supaya semua permukaan dapat terendam dengan sempurna.

4. Setelah dikeluarkan dari air asam keping yang mendidih tadi, sentalkan menggunakan sabun. Disyorkan supaya ia disental dengan Sabun Cap Buruh atau Axion.

5. Akhir sekali, bilaskan dan keringkan seperti biasa. Nampak hasilnya seperti dalam gambar ini, berkilat bukan?

Kalau nak lebih berkilat, Jemur di bawah matahari. Lebih ‘shining'.


Petua oleh: Puan Kalaivani Vj 

Order online, Hubungi/whatsapp: Puan Aida (019- 205 5680)

No comments

Powered by Blogger.