Nak Murah Rezeki Dalam Bisnes, Cuba Amalkan 4 Petua Ini - Abang Terlajak Laris


Nak Murah Rezeki Dalam Bisnes, Cuba Amalkan 4 Petua Ini


9 daripada 10 rezeki adalah melalui perniagaan. Tapi ianya tidak semudah disangka. Untuk memulakan sesebuah bisnes memerlukan usaha yang kuat selain strategi dan team yang kuat. Nak murah rezeki dalm berbisnes cuba amalkan 4 petua di bawah ini.

1. Murahkan dengan senyuman
Senyuman akan mengundangkan senyuman yang lain. Senyuman akan melembutkan hati prospek dan pelanggan untuk membina kemesraan. Jangan lupa, kalau mereka tidak membeli sekali pun, senyuman anda itu satu sedekah.

2. Bantu prospek dan pelanggan
Fikirkan bagaimana perniagaan anda dapat membantu orang ramai. Sama ada sebelum mereka menjadi pelanggan anda atau selepas menjadi pelanggan anda. Lebih banyak perniagaan dapat membantu, maka lebih murah rezeki akan datang kepada perniagaan.

3. Kemas dan bersihkan tempat berniaga
Keadaan tempat kerja yang kemas akan memudahkan perniagaan untuk menjadi lebih teratur. Kebersihan sekeliling akan memurahkan rezeki. Jangan lupa, kebersihan diri sendiri sebagai pemilik perniagaan juga perlu diutamakan!

4. Amalkan doa murah rezeki sebelum memulakan kerja atau berniaga

“Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada Engkau kebaikan hari ini, kemenangan-Nya, pertolongan-Nya, cahaya-Nya, keberkatan-Nya dan petunjuk-Nya. Dan aku memohon perlindungan kepada Engkau dari kejahatan sesuatu yang ada didalamnya dan kejahatan sesuatu sesudahnya”.

Sumber: Irfan Khairi

Order online, Hubungi/whatsapp: Puan Aida (019- 205 5680)

No comments

Powered by Blogger.