Nasi Mentah Jangan Dibuang, Perbaiki Rasanya Dengan 3 Cara Ni.. - Abang Terlajak Laris


Nasi Mentah Jangan Dibuang, Perbaiki Rasanya Dengan 3 Cara Ni..


Sayangnya, takkan nak dibuang nasi yang mentah. Orang kata tak baik buang nasi, sama macam kita buang rezeki. Apa pun, sebenarnya ada 3 petua ini anda boleh lakukan untuk dapatkan kembali nasi yang gebu jika nasi yang ditanak mentah pada awalnya.

1. Letakkan nasi dalam bekas khas ‘microwave safe’. Basahkan sedikit dua helai tisu kertas dan tekapkan atas nasi dan masukkan nasi dalam microwave selama dua minit. Keluarkan nasi dan buang tisu di atasnya. Nasi yang mentah akan kembali gebu.

2. Campurkan setengah cawan air pada nasi yang mentah. Letakkan penutup rice cooker dan tekan suis. Biarkan seketika hingga naik bau nasi. Stim yang terhasil membantu menjadikan nasi mentah kembali gebu dan boleh dimakan.

3. Ambil mangkuk kecil dan isikan air panas. Kemudian buat lubang mengikut saiz mangkuk di tengah nasi dan letakkan mangkuk di dalamnya. Tutup periuk dan masak semula nasi di atas api yang perlahan sehingga benar-benar masak.

No comments

Powered by Blogger.