Penting Untuk Anda Tahu 5 Perkara Ini Ketika Membeli Telefon Bimbit - Abang Terlajak Laris


Penting Untuk Anda Tahu 5 Perkara Ini Ketika Membeli Telefon Bimbit


Dengan adanya banyak jenama mungkin menjadi sedikit kesukaran untuk anda memilih smartphone yang bagus. 

Bagi yang tidak tahu cara memilih telefon smartphone dengan betul dan berbaloi, abang nak kongsikan info ini kepada anda semua.

1. Bandingkan harga smartphone di kedai-kedai lain
Sama seperti untuk membeli barang-barang lain, membeli telefon bimbit juga perlu melakukan banyak "survey" harga.

Bandingkan harga dengan banyak kedai untuk memastikan harga yang anda dapat berbaloi. Jadi jangan terlalu teruja jika anda ditawarkan dengan harga yang konon murah kerana siapa tahu dikedai-kedai lain jauh lebih murah.

Order online, Hubungi/whatsapp: Puan Aida (019- 205 5680)

2. Pastikan original
Smartphone baru tidak semestinya semua original, kadang-kadang kita terkejut ditawarkan harga yang sangat murah.

Tanya betul-betul atau periksa dahulu smarphone tersebut samaada original atau recond sebelum terus membelinya.

3. Jangan terikut-ikut orang atau trend
Tak perlulah terlalu mengikut trend kerana teknologi telefon bimbit sangat laju dan sentiasa ada pengeluaran baru.

Jadi berjimat dan ukur lah baju dibadan sendiri. Kalau smartphone masih elok kenapa pula perlu ditukar? Tidakkah itu satu pembaziran.

4. Pilih storan yang tidak mencukupi
Jangan terlalu melihat pada bentuk, kamera dan harga semata-mata. Saiz storan dalam smartphone (internal) adalah yang terpenting kerana ia menentukan berapa banyak sesuatu file, gambar atau video dapat disimpan. Jika saiz storan rendah, smartphone anda akan cepat "hang".

5. Memilih saiz skrin
Bab saiz ni kena ikut kesukaan masing-masing. Jika anda jenis rabun disarankan ambil skrin melebihi 4.0 inci tetapi jika nak senang simpan dalam poket, ambilah skrin bersaiz 4.0 inci kebawah. 

Sumber: CARI

No comments

Powered by Blogger.