Petua Mudah Supaya Sayur Rebung Tahan Lama - Abang Terlajak Laris


Petua Mudah Supaya Sayur Rebung Tahan Lama


Sayur rebung enak dimakan dengan pelbagai cara. Ada yang suka rebung dimasak kari, dibuat acar, dijeruk, dimasak sayur lemak dan sebagainya. Namun rebung yang dibeli, selalunya tidak dapat bertahan lama.

Macam mana nak menyimpannya supaya kekal lama?

Mudah je..

1. Masukkan air dan rebung ke dalam periuk dan celur sehingga separuh empuk.

2. Toskan rebung tadi dan masukkan ke dalam bekas bertutup.

3. Isikan air bersih sehingga menenggelamkan rebung tadi. Tutup bekas dengan ketat.

4. Simpan bekas berisi rebung di dalam peti sejuk. Buka bekas apabila anda mahu memasaknya sahaja.

Mudah kan? 

No comments

Powered by Blogger.