Petua Tradisional Melebatkan Rambut - Abang Terlajak Laris


Petua Tradisional Melebatkan Rambut


Rambut nipis? mahu lebatkannya rambut secara tradisional? Ha..Abang ada petuanya..selain anda boleh cuba produk abang iaitu syampu berherba super lebat D'herbs dan krim super lebat D'herbs anda juga boleh menggunakan petua ni. 

1. Apa yang anda perlukan untuk melebatkan rambut ialah pati santan dari sebiji kelapa. Pati santan kelapa adalah bahan penting dalam usaha untuk melebatkan rambut secara tradisional.

2. Untuk mendapatkan pati santan, ambil kelapa parut dari sebiji kelapa tua. 

3. Masukkan sedikit air suam pada kelapa parut tadi dan ramas-ramaskan. Perah pati santan dari kelapa parut tersebut dan buang hampasnya.

4. Basahkan rambut anda dahulu dan lumurkan pati santan ke kesluruhan kepala sehingga ke akar rambut. 

5. Bungkus kepala dengan tuala bersih dan kering selama setengah jam. 

6. Kemudian bilas keseluruhan kepala anda dengan air suam.

Amalkan petua ini 2-3 kali seminggu.

Sumber: Anna Frozen

Order online, Hubungi/whatsapp: Puan Aida (019- 205 5680)

No comments

Powered by Blogger.