Pokok Ni Dikatakan Mampu Merawat penyakit Gout? - Abang Terlajak Laris


Pokok Ni Dikatakan Mampu Merawat penyakit Gout?


Tetapi tahukah anda pokok ini sebenarnya amat berkhasiat tinggi dalam perubatan. Pokok ini di kenali sebagai banyak nama seperti sireh laut, sireh cina, sireh pasir, sireh air, sireh bunian dan ketumpang.

Pokok ketumpang atau sirih tanah ni yang biasanya tumbuh ditempat yang lembab seperti ditepi pasu atau longkang adalah bagus untuk merawat:

1. Darah tinggi, 
2. Kencing manis
3. Gout
4. Batuk 
5. Selesema
6. Penawar sakit sendi dan perut
7. Jus perahannya mampu mengelakkan jangkitan pada mata
8. Mengubati dan meredakan cirit-birit
9. Meredakan Demam (Ramas Dengan Sedikit air dan sapukan dikepala)

Tumbuhan ini dikatakan mampu mengurangkan paras asid urik di dalam badan lantas sesuai dijadikan ubat gout dan mengatasi masalah buah pinggang. Ia juga dikatakan mempunyai ciri-ciri anti-bakteria, anti bengkak dan penahan sakit.


Selain daripada menjadi bahan utama di dalam masakan, ia juga sesuai dibuat ulam. Boleh juga dibuat kerabu memang rasanya sangat sedap ditambah dengan hirisan nipis bunga kantan.

Daunnya yang dihancurkan dan disapukan pada kepala juga dikatakan mampu menghilangkan demam dan sakit kepala.

Sumber: Khasiatherba

1 comment:

Powered by Blogger.