Resipi 'Milkbooster' Untuk Atasi Bengkak Susu Untuk Para Ibu - Abang Terlajak Laris


Resipi 'Milkbooster' Untuk Atasi Bengkak Susu Untuk Para Ibu


Minuman ini bukan saja dapat memperbanyakkan dan memekatkan susu ibu tetapi membantu proses penurunan berat badan ketika dalam pantang.

Salah satu masalah yang sering dialami oleh ibu yang menyusukan bayi adalah 'bengkak susu'. Hanya Tuhan yang tahu betapa sakitnya jika terjadi 'bengkak susu' ni. 'Bengkak susu' akan berlaku jika susu tidak 'dikeuarkan' dari payudara.

Minuman natural ini yang mudah untuk dibuat sendiri bagi mengurangkan masalah bengkak susu yang selalu dialami oleh para ibu.

Bahan bahannya..

50gm longan kering
50gm kurma merah
2 sudu besar halba
3 sudu besar madu asli atau gula batu
4-5 cawan air

Cara membuatnya..

1. Bersihkan longan kering dan buah kurma merah.
2. Kemudian rebuskan semua bahan bersama.
3. Biarkan sehingga air rebusan bertukar warna sedikit kekuningan. Matikan api dan bolehlah disejukkan.

*Sebaiknya minum ketika masih suam. Lebihan air boleh disimpan dalam peti ais tetapi tidak elok diminum ketika terlalu sejuk.

*Jangan simpan minuman ini melebihi 3 hari kerana ia akan menjadi masam.

*Amalkan 2 kali sehari (pada waktu pagi dan sebelum tidur malam) untuk kesan lebih efektif.

Kebaikan..

1. Merangsang dan menstabilkan hormon.

2. Melancarkan haid.

3. Antara sumber makanan semula jadi terbaik untuk menambah susu badan.

4. Mengatasi masalah over weight selepas bersalin.

4. Longan kering dapat mengelakkan masalah emosi tidak stabil ketika dalam pantang.

5. Kurma merah elok untuk memekatkan susu ibu serta membuatkan bayi cepat kenyang.

Sumber: rasa

Order online, Hubungi/whatsapp: Puan Aida (019- 205 5680)

No comments

Powered by Blogger.