Sedih Bila Niat Baik Saya Disalah Ertikan... - Abang Terlajak Laris


Sedih Bila Niat Baik Saya Disalah Ertikan...

Memang susah nak puashatikan semua orang kan? Bila kita buat baik, orang kata kita menunjuk, bila kita buat perkara yang tak kena sikit dikecam. Saya faham perkara sebegini memang tak boleh lari. Biasalah tu, dalam ramai ramai orang tak semua suka dengan kita. Saya dah lama melalui saat saat macam ni. 

Biarlah orang nak kata apa. Keikhlasan dan ketulusan hati saya dalam memberi bantuan kepada golongan asnaf, anak yatim, zakat dan mereka memerlukan hanya Allah yang tahu. Pada saya usaha sebegitu sewajarnya dihebahkan dan diviralkan kerana ia mungkin dapat menyeru dan mengajak lebih ramai lagi orang untuk kita bersama sama menggalakkan usaha murni ini. 




Berkenaan mengenai ada mereka yang mendakwa saya riak dan memberi komen mengutuk saya bila saya upload gambar dan video rumah saya yang akan siap nanti, jam tangan, beg, kereta dan sebagainya. Saya juga seperti anda, saya ada media sosial seperti Facebook, Instagram untuk saya ingin berkongsikan dengan kawan kawan saya. Salah kah? Itu adalah kehidupan saya, itu diri saya, takkan saya nak menjadi diri orang lain? 

Saya pun manusia, saya juga punya perasaan bila mereka berkatakan saya seperti ini. 


Saya sangat berterima atas nasihat dan teguran daripada anda tetapi bukankah elok jika menggunakan bahasa yang lebih sopan?

Bagi saya apa yang saya upload itu, niat saya adalah untuk memberi impak positif dengan cara memberi semangat kepada mereka di luar sana untuk lebih berusaha mengubah hidup jadi lagi baik kalau boleh lebih baik daripada saya.

Saya tidak menyalahkan anda, itu mungkin pendapat daripada apa yang anda lihat. 

Terima kasih kepada mereka yang memahami dan sentiasa menyokong saya. Saya doakan anda sentiasa berada dalam rahmat Allah SWT dan dimurahkan rezeki selalu. 

Inilah luahan hati saya terima kasih kerana sudi membacanya..


1 comment:

Powered by Blogger.