Selain Mengurangi Risiko Sakit Jantung, 5 Fakta Istimewaan Ini patut Anda Bela Kucing di Rumah.. - Abang Terlajak Laris


Selain Mengurangi Risiko Sakit Jantung, 5 Fakta Istimewaan Ini patut Anda Bela Kucing di Rumah..


Anda tahu kan abang ada bela dua ekor kucing iaitu dodi dan bedah. Nampak macam ganas kan dalam video abang ada uploadkan di instagram @kucing_ajaib. Tapi sebenarnya tak pun. Kebetulan abang tengah scroll timeline Facebook terjumpa fakta keistimewaan bila kita membela kucing di rumah.

Ini bukan sebarangan fakta tapi ianya dibuktikan secara saintifik yang dikeluarkan di laman web mirror.uk.

1. Mereka dapat mengurangkan risiko sakit jantung anda
Kucing di rumah juga boleh menurunkan level stres anda. Sebuah kajian mendapati kalau ini punya kesan meruntuhkan risiko penyakit kardiovaskular dan mengurangkan risiko kematian daripada serangan jantung, termasuk strok bagi orang-orang yang memelihara kucing. 

2. Mereka dapat menolong anak-anak yang mengalami gejala autisme
Kajian dari University of Missouri mendapati bahawa interaksi sosial antara anak-anak yang menderita atau mempunyai gejala autisme secara dramatik meningkat ketika mereka berada di sekitar haiwan peliharaan, contohnya kucing.  Dalam kajian itu, setengah keluarga yang mengambil bahagian di dalamnya mempunyai haiwan peliharaan kucing. Dengan para ibu bapa melaporkan adanya interaksi kuat yang ditunjukkan antara mereka dengan anak-anaknya. 

3. Mereka dapat menolong anda mencari pasangan
Sebuah penyelidikan yang dilakukan oleh pet researcher bernama Dr June Nicolls, wanita lebih tertarik dengan lelaki yang mempunyai haiwan peliharaan. 90% dari wanita bujang yang disurvei, menilai lelaki yang memelihara kucing punya sifat lebih baik, lebih menyenangkan dan lebih perhatian, peduli.

4. Anak-anak akan lebih sedikit mengalami infeksi dan gangguan saluran pernapasan
Sebuah studi mempelajari memelihara baik kucing, dapat memperkuat sistem kekebalan si bayi, khususnya melawan penyakit gangguan saluran pernapasan.

5. Mereka memberi kesan positif buat mental anda
Dalam sebuah survei yang dilakukan oleh Cats Protection. Dari 600 orang dimana setengahnya mengalami masalah kesihatan khususnya masalah mental. Sekitar 87% daripadanya yang memiliki kucing peliharaan memberi impak positif kehadirannya. 76% lainnya juga mengatakan mereka menemukan kesan lebih mudah mengatasi tekanan stres seharian.

No comments

Powered by Blogger.