Selalu Naik Flight, Tetapi 'Jet Lag'? Cuba Buat 5 Cara Ini! - Abang Terlajak Laris


Selalu Naik Flight, Tetapi 'Jet Lag'? Cuba Buat 5 Cara Ini!


Jet lag adalah gangguan sementara kepada biologi normal tubuh disebabkan oleh perjalanan jarak jauh yang melepasi beberapa zon masa.

Antara kesan daripada simptom jet lag adalah ia akan menyebabkan rasa keletihan, imsonia (keadaan tidak dapat tidur atau sukar untuk tidur), dan sedikit kekeliruan pada sistem tubuh. Menurut portal Purewow, anda sebenarnya boleh mengurangkan kesan jet lag dengan beberapa tip ini:

1. Sesuaikan 'jam peribadi' (internal clock)
Sesuaikan waktu dalaman dengan destinasi anda beberapa hari sebelum berangkat. Misalnya waktu tidur dan bangun tidur yang dipercepatkan. Jika jangkaan waktu tiba ke destinasi adalah waktu pagi, cubalah untuk tidur di atas pesawat. Dengan itu, anda akan kurang rasa mengantuk ketika tiba di sana dan dapat menyesuaikan diri dengan perlahan-lahan di tempat yang anda kunjungi itu.

2. Jangan lupa makan!
Elakkan dari mengambil kafein berlebihan kerana ia akan menyebabkan dehidrasi. Banyakkan mengambil air kosong dan alas perut dengan makanan ringan untuk memberi tenaga.

3. Sesuaikan waktu
Sebaik naik pesawat, sesuaikan waktu pada jam tangan atau mana-mana gajet yang dibawa supaya padan dengan zon masa destinasi anda. Ini akan memudahkan anda untuk menyesuaikan diri dengan perubahan masa dialami.



4. Elak dari tidur seketika
Apabila tiba di destinasi, pasti anda akan rasa seperti mahu tidur sebentar. Jangan buat begitu! Sebaliknya cuba untuk terus berjaga sehinggalah tiba waktu sesuai untuk tidur seperti jam 10 malam ke atas.

5. Pilih penerbangan malam
Dengan mengambil penerbangan malam anda boleh tidur di sepanjang perjalanan anda tidak akan mudah berasa bosan, malah waktu penerbangan akan terasa sekejap sahaja.

No comments

Powered by Blogger.