Si Dia Dah Bersedia Ke Nak Kahwin Dengan Kita? 5 Persoalan Ini Wajar Anda Fikirkan? - Abang Terlajak Laris


Si Dia Dah Bersedia Ke Nak Kahwin Dengan Kita? 5 Persoalan Ini Wajar Anda Fikirkan?


Mencari jodoh yang sesuai untuk berkahwin untuk sama-sama mendirikan rumah tangga satu cabaran yang tidak kurang penting. Jika tersalah langkah dalam memilih pasangan, boleh mensia-siakan usaha kita selama ini sekaligus menghancurkan impian berumah tangga. Lebih-lebih lagi ketika berada di ambang percintaan, kita semua pasti dalam keadaan buta cinta atau lebih teruk mabuk cinta.

Beberapa soalan dibawah ini penting untuk mengetahui sama ada si dia itu sesuai atau tidak dijadikan pasangan seumur hidup dan adakah anda sudah bersedia untuk mendirikan rumahtangga sendiri.

1. Selesakah berada di sisinya?
Anda perlu rasa selesa dengan pasangan dan persekitaran di sekelilingnya kerana dia boleh membuat anda rasa selesa dalam segala situasi.

2. Adakah ingin mempunyai anak?

3. Adakah ingin menjalani hidup bersama?
Kalau anda sanggup susah senang bersama, dia adalah yang terbaik untuk anda. Pastikan juga anda berdua sanggup tinggal bersama kerana jika berjauhan biasanya akan menjadi masalah.

4. Yakinkah dengan dia?
Jika anda selalu bimbang dia curang, jangan teruskan hubungan. Adakah anda mahu selalu rasa was-was ketika berjauhan?

5. Adakah dia ada setiap kali diperlukan?
Orang yang tepat atau pasangan pilihan selalu ada ketika diperlukan. Tak peduli pada bila-bila masa anda memerlukannya. 

Kesimpulannya, demi kebahagiaan diri sendiri, semua keputusan yang dilakukan perlulah berfikir panjang dan memastikan impian mendirikan rumahtangga bersama pasangan pilihan menjadi realiti. 

Sumber: rumahtangga

No comments

Powered by Blogger.