Suami Ego? Cuba Amalkan 9 Perkara Ini - Abang Terlajak Laris


banner-cikgu-01

Suami Ego? Cuba Amalkan 9 Perkara Ini


Situasi suami ego tinggi dirasai oleh kebanyakan wanita dan biasanya ia menimbulkan stress yang teruk kepada mereka. 

Ego suami sukar untuk ditangani dan setiap isteri haruslah bijak dalam menangani ego suami mereka dan sekiranya tersilap langkah anda mungkin mengundang keretakan rumah tangga anda


Berdoa
Banyakkan berdoa kepada Allah mohon supaya rumah tangga anda bahagia dan suami anda menyayangi anda sepenuh hati. Berdoalah juga supaya Allah dapat melembutkan hati suami anda supaya menerima dan menjaga anda sebaiknya. Amalkan membaca surah-surah Al-Quran bagi melembutkan hati suami. Antara surah yang boleh dibaca  ialah Surah Taha ayat 1-5.


Maksudnya:
1 Taa. Haa.
2 Kami tidak menurunkan A-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan.
3 Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut yang melanggar perintah Allah.
4 Al-Quran diturunkan dari tuhan yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.
5 Ia-itu Allah Ar-Rahman,yang bersemayam diatas ‘Arasy.

Zikir
Amalkan berzikir. Antara zikir yang boleh anda amalkan bagi menghadapi suami yang ego ialah dengan membaza Ya Aziz, Ya Jabbar, Ya Mutakabbir.

Jaga Adab & TingkahLaku
Jaga adab anda dengan suami anda dan pastikan anda melayannya dengan baik. Pastikan anda bercakap dengan lemah lembut, sentiasa lemparkan senyuman dan layan suami anda sebaiknya. InsyaAllah sebagai isteri yang solehah dan atas apa yang anda lakukan pasti akan mendapat berkat balasan yang setimpalnya daripada Allah.

Sabar
Banyakkan bersabar dengan sikap ego suami anda. Isteri yang sabar dengan suaminya isyaAllah akan mendapat payung emas semasa di syurga.

Tenang
Apabila suami anda menyakitkan hati anda, anda perlu bertenang dan cubalah bercakap dengannya seolah-olah anda tidak terasa dengan apa yang dikatakannya. Jangan terpengaruh dengan emosi anda kerana ia lebih membawa kepada pergaduhan dan pertengkaran.

Positif
Tanamkan sikap positif dalam diri anda dan bersangka baiklah terhadap suami anda. [Baca bagaimana menjadikan diri anda sentiasa berfikiran positif]

Maaf
Anda perlu banyak beralah dengan suami yang ego. Ini kerana suami yang mempunyai ego yang tinggi sukar untuk menerima kekalahan. Biarkan dia menang kecuali perkara-perkara yang penting buat anda. Anda perlu ingat maaf bukan bermaksud mengaku kalah, anda meminta maaf demi menjaga keharmonian keluarga anda. Adalah lebih baik bermaafan daripada bergaduh.

Teguran
Tegur suami anda dengan cara yang baik. Jangan marah atau tengking suami anda. Tegur suami anda secara halus dimana sebagai contoh suami anda sukar bangun solat maka anda tidak perlu mengejutnya bangun kerana dia mungkin akan memarahi anda. Anda boleh cuba solat subuh berdekatan katil tempat suami anda tidur dan selepas itu mengajilah supaya suami anda terdengar. Lama kelamaan dia pasti akan merasa malu dan menuruti anda untuk solat subuh.

Terima
Ego suami sukar diubah dan kadang-kala mustahil untuk diubah. Suami anda adalah ketentuan dan jodoh daripada tuhan, terimalah dia seadanya.

Sumber: bagaimana

1 comment:

Powered by Blogger.