7 Tip Suka Dengan Seseorang Tapi Malu Nak Luahkan.. - Abang Terlajak Laris
banner-cikgu-01

7 Tip Suka Dengan Seseorang Tapi Malu Nak Luahkan..


Hendak dibiarkan, takut terlepas pula ke tangan orang lain. Usahlah tunggu lagi, tidak salah mencuba kerana tanpa mencuba kita tidak akan pernah tahu apakah perasaan dan isi hati si dia terhadap kita. Jadi bagaimana ingin memulakannya? 

1. Rancang dengan Matang 
Anda perlu strategi dan latihan dalam segala aspek apabila mahu mengatakan cinta pada si dia. Untuk mengungkapkan cinta tidak boleh sebarangan, sebaliknya lihat tempat dan waktu yang sesuai. Jangan seberbuat demikian ketika dia ada tetamu.

2. Kenali Dia Lebih Dekat 
Hal ini penting supaya anda tidak kecewa pada saat menuturkan rasa cinta yang membara itu. Jika yakin anda akan diterima, jangan ragu-ragu.

3. Ungkapkan Cinta dengan Sesuatu 
Ungkapan cinta tidak hanya dengan ucapan, tetapi seharusnya ada elemen lain, misalnya, selitkan bersama sesuatu yang amat digemarinya. Jika anda lelaki, berikan si gadis bunga mawar atau cincin, kerongsang. Jika anda perempuan, cukup dengan senyuman dan kata cinta.

4. Cari Waktu dan Tempat Yang Sesuai 
Waktu paling tepat untuk mengatakan cinta ialah ketika saat terluang atau hari bersantai. Pilih tempat yang kundusif dan romantik.

5. Ungkapkan Cinta Secara Langsung 
Si dia akan lebih menghargai jika anda berbicara secara langsung. Jangan mengatakan cinta melalui perantara seperti teman, telefon, surat atau emel.

6. Siapkan Minda 
Ini juga perkara paling penting supaya semua rancangan tidak tergendala di tengah jalan. Jangan sampai suara tidak terkeluar atau berpeluh ketika mengucapkan kata cinta.

7. Doa 
Perkara ini adakalanya dilupakan atau kadangkala dianggap remeh. Dengan berdoa, rancangan anda lebih membawa keberkatan. Jika ditolak, biarkan saja dan anda harus pasrah atau reda.

Sumber: demicinta

1 comment:

  1. Vidio Dato sangat best tak jemu nk tonton lagi nk tonton lagi...memang kelakor

    ReplyDelete

Powered by Blogger.