Untunglah Isteri Jika 5 Tanda Ini Suami Selalu Buat - Abang Terlajak Laris


Untunglah Isteri Jika 5 Tanda Ini Suami Selalu Buat


Mula-mula bercinta pasti semuanya manis. Tetapi, masuk sahaja dunia perkahwinan, kebanyakan pasangan sering abaikan emosi dan perasaan isteri.

Mungkin masing-masing sudah penat mencari rezeki dan menguruskan hal anak-anak, tetapi dari sudut ambil hati anda tetap tidak boleh letak tepi.

Namun masalah ini boleh dibaiki, cuba ambil tahu beberapa perkara mudah ini.

Anda beruntung jika suami masih melakukan 5 perkara ini. 

1. Sentuhan fizikal paling mudah bagi simbol cinta suami isteri adalah dengan pegang tangan tanpa diminta. Pasangan perlu tahu, pegang tangan juga mampu kurangkan tekanan emosi isteri. 

2. Isteri selalunya tidak meminta. Ada yang menghulur dia menerima. Kalau pun pasangan sama-sama mencari rezeki di luar, apa salahnya jika anda selalu ada hadiah kecil buat tambat hati. Tidak perlu yang mahal, mencukupi walau sekeping coklat. 

Order online, Hubungi/whatsapp: Puan Aida (019- 205 5680)

3. Jika mahu menjaga hati, anda sendiri boleh terus tolong pasangan. Bertindak lebih baik daripada mengarah. Isteri, kalau nampak suami bertindak dia akan terus rasa bersalah.

4. Wanita lebih bertindak dan rasa dihargai jika suami selalu memuji. Mungkin hidangan tidaklah begitu istimewa, tetapi jika anda pandai ambil hati, isteri pasti lebih rajin masuk dapur walau penat seharian bekerja.

5. Walau anda rasa perkara yang dikongsi agak tidak penting, tetapi belajarlah menjadi pasangan yang memahami. Faham saat pasangan berduka kerana sikap wanita, hanya meluah mereka akan rasa lebih puas dan disayangi.

Sumber: CARI

No comments

Powered by Blogger.