'Wanita Yang Tidurnya 'Ganas', Biasanya Dapat Lelaki Tidurnya 'Sopan' Je' - Abang Terlajak Laris

'Wanita Yang Tidurnya 'Ganas', Biasanya Dapat Lelaki Tidurnya 'Sopan' Je'




Perancangan Allah tu adalah yang terbaik. Dia mengatur dengan cukup sempurna untuk hambanya. Jangan tunggu untuk menjadi orang yang sempurna untuk membahagiakan orang lain cukuplah hanya kita memahami dan menerima kelemahan seseorang itu. Bila berlaku ikatan yang sah inshaAllah kita saling lengkap melengkapi..

Wanita yang tidurnya 'ganas', biasanya dapat lelaki tidurnya 'sopan' je. Lelaki yang kerap demam, biasanya dapat wanita yang jarang dapat demam tetapi sekali demam memang parah . Wanita yang agak boros biasanya dapat lelaki yang pandai berjimat. Lelaki yang tak reti mengemas, barang sendiri pun tak pernah nak disusun sampai semua barang letak atas meja biasanya dapat wanita yang kemas, suka keindahan, teratur sahaja barangbarangnya. 

NAMPAK?? Allah sudah siapkan pasangan itu bukan semuanya macam kita nak dan suka, tetapi disatukan sesuatu yang tak sempurna untuk disempurnakan bila bersama. Jangan ragu aturan Allah, selagi baik agama dan akhlaknya, JANGAN PERSIAKAN apa yang anda ada. 

Jika seorang itu banyak ketawa, dia sebenarnya kesepian . Jika seorang itu banyak tidur, dia sebenarya kesedihan. 

Jika seorang itu tak banyak cakap tetapi laju bila bercakap, dia sebenarya berahsia . Jika seorang itu tidak menangis, dia sebenarnya lemah. 

Jika seorang itu makan dengan gelojoh, dia sebenarnya tertekan. Jika seorang itu menangis kerana perkara kecil, dia sebenarnya lemah lembut. Jika seorang itu cepat marah walaupun tentang pekara perkara kecil, dia sebenarya perlukan kasih sayang..

Coretan asal: Ustaz Dr.Mohd Izhar Ariff - Dr.MIA 

No comments

Powered by Blogger.