2 Petua Hilangkan Parut Demam Campak - Abang Terlajak Laris


2 Petua Hilangkan Parut Demam Campak



Demam campak orang cakap sekali seumur hidup je kena kan? Tapi bila dah kena tu kenalah rawat baik baik takut tinggalkan parut. 

Ada dua petua anda boleh lakukan..

1. Daun asam jawa & bedak sejuk - tumbuk daun asam jawa sampai lumat dan campurkan dengan bedak sejuk. Buat ni lepas semua kuping dah terkopek. Kalau kat utara ni dipanggil berbedak.

2. Lendir ikan haruan - ambil lendir ikan haruan dan sapu kat parut-parut demam campak tu. Kalau geli (sebab bau dia hanyir), letak seekor ikan haruan dalam baldi dan mandikan pesakit dengan air tersebut.

Pantang larang..

1. Jangan bagi kena air hujan - nanti takut parut besar akan kekal. Kira macam bentan la. Even dah sembuh pun tak boleh kena air hujan untuk 2, 3 minggu 

2. Jangan bagi makanan yang bergoreng, bertumis. Pendek kata, masak takleh letak minyak. Makanan laut pun kena elakkan, termasuk jugaklah telur. Ada juga yang tak bagi makan ayam. 

3. Jangan pakai baju - Biarkan pesakit tak berbaju (kalau kanak-kanak la, orang dewasa perempuan kenalah pakai baju nipis-nipis, duk dalam rumah ja.), di khuatiri peluh akan membuatkan proses penyembuhan terganggu. Biasalah ruam ni akan mengering, bila tak pakai baju proses dia akan lebih cepat)

4. Jangan garu atau kopek kuping campak. Nanti parut demam campak akan kekal.

Wallahhua'lam..

No comments

Powered by Blogger.