3 Khasiat Terbaik Daun Pegaga - Abang Terlajak Laris


3 Khasiat Terbaik Daun Pegaga


Daun pegaga sedap dibuat ulam atau jus. Bagi mereka yang suka mengamalkan tumbuhan ini pastinya memperolehi khasiatnya. 

1. Ambil sepuluh helai daun pegaga dan cuci dengan air garam. Lepas tu tumbuk hingga halus dan campurkan dengan air garam dan bedak sejuk yang ditambah ngan sedikit air suam. Tempekkan campuran tu pada muka pada sebelah malam dan bersihkan pada keesokkan hari. Amalkan petua ni setiap malam sampai bintik-bintik hitam kat muka tu hilang.

2. Ambil secekak daun pegaga bersama akarnya. Rebus dengan dua gelas air sehingga tinggal segelas air rebusan tu. Lepas tu tapis rebusan tu dan biarkan ia sejuk. Minumlah air rebusan tu sekali sehari selepas makan malam. Amalkan tiga kali dalam seminggu dan anda akan dapati wajah anda akan kelihatan lebih berseri.

3. Bagi wanita yang mengalami masalah peranakkan kembang atau lepas kedatangan haid bolehlah amalkan makan pucuk pegaga yang dibuat ulam atau dijadikan ramuan dalam gulai. Amalan ini dikatakan akan membantu mengecutkan peranakan wanita.

Apa lagi, jom amalkan makan pegaga. 

No comments

Powered by Blogger.