4 Petua Rawat Kudis Buta - Abang Terlajak Laris


4 Petua Rawat Kudis Buta


Biasanya penghidap kudis buta akan mengalami kegatalan kulit pada waktu malam dan ada ruam merah yang gatal muncul. 

Ruam ni akan muncul di pergelangan tangan, siku, ketiak, bawah dada, punggung, lutut, jari dan kemaluan. 

Kegatalan tersebut juga  boleh menyebabkan kulit berkudis. Secara tidak langsung, kulit mudah sangat dijangkiti oleh bakteria. Selain ruam merah yang gatal, penghidap kudis buta juga akan mengalami kulit melepuh.

Petua ini boleh diamalkan, 

1. Ambil sebiji buah pinang dan buang kulitnya. Tumbuk isi buah pinang hingga lumat dan kemudian campurkan dengan sedikit minyak kelapa. Lumurkan bahan tadi pada kudis buta. Lakukan selalu. Lama kelamaan kudis buta akan menjadi kering dan pudar.

2. Kunyit dikatakan mempunyai bahan aktif cucurmin yang kaya dengan antioksidan dan mempunyai sifat antiseptik dan antiradang yang kuat. Jadi, ia sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan gejala  yang disebabkan oleh kudis buta ni. Gunakan kunyit dan beras ditumbuk halus campur air dan disapu. 

3. Daun rosemary pun dikatakan mempunyai sifat antiseptik pada masalah kudis buta. Anda boleh jadikan daun rosemary kering sebagai mandian, dijadikan sebagai bahan utama dalam mencuci cadar atau apa sahaja kain, sebagai ubat sapu untuk disapukan pada kudis buta dan dijadikan sebagai minuman teh kosong.

4. Sapukan serbuk manjakani yang sudah dilarut dengan air ditempet pada kudis buta tersebut.

Boleh lah cuba yang mana satu dirasakan sesuai ya.

Order online, Hubungi/whatsapp: Puan Aida (019- 205 5680

No comments

Powered by Blogger.