5 Amalan Hebat Hari Jumaat Yang Mudah Dilakukan, Jom Amalkan.. - Abang Terlajak Laris


5 Amalan Hebat Hari Jumaat Yang Mudah Dilakukan, Jom Amalkan..


Rasulullah s.a.w bersabda, Sesungguhnya hari Jumaaat adalah penghulu segala hari dan hari yang paling besar di sisi Allah. Abang nak kongsikan 5 amalan mudah dan hebat keuntungannya bagi mereka yang mengamalkannya.

1. Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”

2. Sabda Nabi s.a.w. yangb bermaksud: “Sesiapa yang membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat, maka Allah dan malaikat mendo’akan kebaikan ke atasnya sehingga matahari terbenam pada hari itu.”

3. Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abi Said Al-Khudri yang bermaksud: “Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, Allah menerangi hidupnya antara dua Jumaat.”

4. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: “Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada malam dan hari Jumaat, maka siapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali)”.

5. Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Abi Khatadah, bermaksud: “Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seolah-olah dirinya bersih hingga Jumaat akan datang.”

Selamat beramal.

No comments

Powered by Blogger.