5 Cara Mudah Kawal Nafsu Makan, Lupakan Pil Kurus! - Abang Terlajak Laris


5 Cara Mudah Kawal Nafsu Makan, Lupakan Pil Kurus!


Nak kurus bukan mudah kalau tiada disiplin kuat. Makan pil kurus lama lama mesti ada kesan sampingan. Nak tak nak kena juga amalkan cara yang sihat.

Cuba anda lakukan 5 perkara ni.. 

1. Jangan skip waktu makan
Jangan ingat berlapar tu boleh buatkan berat badan turun. Nak kurus makan kena cukup tapi ambillah makanan yang sihat. Makan yang cukup dapat menstabilkan kandungan gula dalam darah dan rasa lapar dapat dikawal.

2. Hidu haruman yang menenangkan
Hidu bau yang harum mampu menghilangkan keinginan untuk makan. Ini kerana haruman tersebut menguasai seluruh deria rasa dan ‘membunuh’ hasrat untuk makan secara berlebih-lebihan.

3. Dapatkan tidur yang cukup
Lebih kurang waktu anda tidur, lebih kurang tubuh anda membakar kalori. Berjaga dalam tempoh yang lama buatkan badan kurang bertenaga. Ia sekaligus buatkan anda rasa lapar kerana tubuh perlukan makanan untuk menjana tenaga.

4. Minum air yang banyak
Jika anda rasa lapar, minum segelas air kosong. Minum air banyak membuatkan perut anda rasa penuh dan rasa lapar juga dapat dikurangkan.

5. Periksa sebab apa anda rasa lapar
Bila perut rasa lapar, periksa semula pukul berapa kali terakhir anda makan. Tapi, kalau baru sejam lepas makan anda dah rasa lapar, tu bukan lapar,  itu adalah nafsu semata-mata.

No comments

Powered by Blogger.