5 Cara Untuk Buat Duit Sambil Goyang Kaki - Abang Terlajak Laris


5 Cara Untuk Buat Duit Sambil Goyang Kaki


Seronok kan, bila kita tak payah berpenat lelah untuk buat duit. Semua orang nak duit dan kaya tapi tak semua orang sanggup bersusah payah untuk cari duit.

Anda boleh cuba 5 cara ini.

1. Jadi blogger?

Bagaimana? 

1. Join pay per click contohnya nuffnang, adsense dan lain lain.
2. Jual produk kesihatan, pakaian, gadget atau cookies. 
3. Review buku, artikel, movie atau sebagainya.

2.  Royalti

1. Publishkan buku tersebut, anda akan dapat royalti hasil dari jualan buku itu.
2. Kreatif dalam bidang seni, anda boleh hasilkan skrip, lirik, drama dan sebagainya. Royalty akan diberi berdasarkan rating, jualan album dan kekerapan siar ulang lagu atau rancangan tersebut.

3. Bisnes online

1. Dengan bisnes online, anda boleh berniaga dari rumah. Kerana, anda hanya perlu laptop, smartphone, atau tab dengan data internet yang mencukupi. Itu sahaja. Anda perlu lakukan dengan bersungguh dan sentiasa update media sosial anda. 8 kali sehari dengan 6 kali menyediakan maklumat yang menarik seperti quotes, tips pemasaran atau peringatan. 2 kali barulah promosikan barangan anda.

4. Sewa bilik atau rumah

Sekiranya anda ada duit lebih, apa kata anda gunakannya dengan membeli rumah. Hari ini pelaburan hartanah semakin naik. Jadi, gunakan peluang ini untuk buat investment masa depan anda. Anda boleh beli rumah, tak kiralah rumah flat atau apartmen dan sewakannya kepada orang luar.

5. Keluarkan produk lantik agen dan stokis

Anda juga boleh keluarkan produk sendiri seperti tudung, pakaian, produk kecantikan dan kesihatan. Kemudian, lantiklah agen atau stokis yang boleh promosikan dan jual barangan anda.

Amacam? Ada bran? Memang nampak senang kan? Tapi tak mudah juga. Set-up dan nak sustain tu penting.

No comments

Powered by Blogger.