5 Khasiat Cuka Epal Jika Selalu Diamalkan - Abang Terlajak Laris


5 Khasiat Cuka Epal Jika Selalu Diamalkan


Pernah tak anda tahu epal juga mempunyai cuka? Ianya sangat berkhasiat kepada tubuh badan jika selalu diamalkan. 

Tidak banyak, hanya campurkan dua sudu cuka ke dalam air minuman. Bagi mengurangkan rasa masam, anda boleh campur dengan sesudu madu. Bagi mendapatkan hasil terbaik, amalkan minum cuka epal dua kali sehari.

Antara khasiatnya ialah

1. Amalan ini boleh membersihkan toksin yang tersumbat dalam peredaran darah yang menyebabkan penyakit darah tinggi, jantung dan peningkatan kolestrol. 

2. Kandungan Pectin iaitu sejenis serat dalam cuka epal membantu menurunkan kadar kolestrol serta mengimbang tekanan darah dalam badan.

3. Cuka epal boleh mengurangkan kadar gula dalam darah dan berupaya mencegah penyakit kencing manis serta arthritis.

4. Cuka epal juga kaya dengan Potassium yang membantu proses detokfikasi harian khas untuk kecantikan kulit, mengurangkan keguguran rambut, merawat masalah kerapuhan kuku dan gigi. 

5. Sangat berkesan untuk asma atau sinus (resdung). Juga menolong menjelaskan penglihatan dan memulihkan sistem pencernaan.

Sumber: Bernama

No comments

Powered by Blogger.