5 Makanan Diet Ini Buat Anda Lagi Gemuk! - Abang Terlajak Laris


5 Makanan Diet Ini Buat Anda Lagi Gemuk!


Semua orang kalau boleh nak diet makanan kan? Mulalah mencatu atau berpantang makanan itu ini. Jangan mudah terpedaya, ada makanan yang dibeli dilabel diet sebenarnya tak..! 

Anda kena tahu 5 makanan ni.

1. Minuman diet
Walaupun ada label “DIET” pada minuman tersebut, jangan terus percaya. ‘Bebas kalori’ tidak bermakana tiada gula. Ini kerana ia ditambah pemanis buatan yang buatkan lemak bertambah.

2. Yogurt
Orang yang berdiet mesti akan ambil yogurt kerana ia baik untuk sistem pencernaan. Tapi, pilih yogurt yang tiada lemak kerana kebanyakan yogurt di pasaran ada banyak kalori dan lemak.

3. Avokado
Mereka yang berdiet disarankan makan banyak buah tapi bukan avokado kerana kandungan lemak dan kalori dalam buah ini tinggi. Sebiji avokado mengandungi 350 kalori.

4. Jus buah-buahan
Tidak semua jus buah baik untuk diet terutama yang dijual dipasaran. Jus yang sarat dengan gula dan bahan pengawet menyumbang pada kenaikan berat badan.

5. Buah-buahan kering
Aprikot, kismis, plum mengandungi banyak gula. Ia memang kaya serat dan nutrisi tapi banyak kalori. Buah-buahan kering mengandungi lapan kali lebih banyak gula dan kalori berbanding buah-buahan segar.

Sumber: Hanasuva


No comments

Powered by Blogger.