5 Perkara Boleh Mengawal Amarah Dalam Hubungan Suami Isteri - Abang Terlajak Laris


5 Perkara Boleh Mengawal Amarah Dalam Hubungan Suami Isteri


Bertikam lidah dan salah faham itu perkara biasa. Pujuk-memujuk, meninggi suara hingga tahap menengking sudah pasti banyak dilalui anda dan pasangan. 

Rumah tanda yang sentiasa bahagia dalam drama dan filem je? Setuju ke tak?

Sama ada anda bersedia atau tidak, anda pasti perlu redah jua masalah yang menimpa.

Bila berlaku situasi seperti ini, pertamanya anda kena bertenang.

Mungkin 5 perkara ini lagi boleh membantu anda.

1. Sekiranya anda sedang duduk ketika marah, cuba ubah posisi berdiri atau sebaliknya. Cara ini akan membuatkan anda lebih relaks dan tenang.

2. Diamkan diri di saat anda marah akan membuatkan anda berfikir seketika sebelum melontar kata-kata pedas berapi. Maklumlah ketika marah, kita tidak mampu mengawal emosi dan minda.

3. Berwuduk, Anda akan berasa tenang setelah air wuduk kena pada wajah dan seluruh tubuh dan nak pujuk diri, ajak si dia solat jemaah sama-sama.

4. Apabila anda tidak mampu mengawal rasa marah di depan suami, cuba beredar dan jarakkan sikit diri anda dengan suami. Bawa diri ke bilik dan ambil masa untuk “cool down”.

5. Cuba kenang jasa pasangan pada anda selama ini. Cuba rendahkan ego anda dan ingatlah tujuan sebenar kita dan si dia bersama, bukan sekadar suka-suka sebaliknya untuk suka dan duka.

Sumber olahan: Mingguanwanita

No comments

Powered by Blogger.