5 Perkara Ini Anda Akan Hadapi Seawal 6 Bulan Pertama Kahwin - Abang Terlajak Laris


5 Perkara Ini Anda Akan Hadapi Seawal 6 Bulan Pertama Kahwin


Bila cuti sekolah je ada je invitation dalam FB rakan rakan mendirikan rumahtangga. Betul tak?

Pastu banyak jugaklah foto bertunang dan kahwin. Semuanya dimuat naik atas dasar ‘perkongsian’. 

Yang dah berkahwin menumpang bahagia, yang masih bujang mengira umur sambil telan air liur tengok sahabat-sahabat sudah mengecap bahagia.

Tapi percaya tak lima perkara ini seawal enam bulan pertama perkahwinan.

1. Terimalah kenyataan, hidup kita kini bukan lagi milik kita sendiri. Rumahtangga bukan hanya tentang isteri dan suami hidup bersama sahaja, tetapi juga mengenai semua perangai baik, perangai buruk, hobi, tabiat dan juga saudara-mara mahupun kenalan kedua-dua belah pihak.

2. Perbezaan didalam sesebuah rumah tangga itu lumrah, Dari perbezaan yang wujud itu akan lahir satu citarasa baru yang dibina dari saling tolak-ansur antara pasangan.

3. Sedih mengadu kepada ibubapa dengan alasan untuk ‘meminta nasihat dari orang tua’ bila bergaduh contohnya.

4. Skill memasak isteri, 1 hingga 2 bulan selepas berkahwin, berat badan para suami biasanya akan makin bertambah. Percaya tak?

5. Percayalah, semangat dan keazaman isteri dalam melaksanakan kerja-kerja rumah akan semakin luntur menjelang bulan ke-tiga perkahwinan. Makin parah sekiranya isteri disahkan hamil dan mengalami morning sickness.

Olahan daripada: Tazkirah

No comments

Powered by Blogger.