5 Petua Halau Cicak Dalam Rumah - Abang Terlajak Laris


5 Petua Halau Cicak Dalam Rumah


Siapa takut cicak ni? Geli kan? Tahi cicak ni bersepah je atas perabot kan? Jika dibiarkan, ia akan menjadi penghuni tetap dalam rumah, menjadikan perabot sebagai sarang seterusnya membiak dalam rumah.

Cuba petua ni..

1. Cicak tidak suka bau telur. Oleh itu, letak kulit telur di ruang kosong tepi tingkap atau pintu untuk elakkan dari dimasuki oleh cicak. Jangan lupa gantikan dengan baru selepas tiga minggu digunakan.

2. Letak sedikit serbuk kopi dalam bekas. Masukkan juga serbuk tembakau dan gaul. Ambil pencungkil gigi atau batang mancis dan sapu sedikit gam di atasnya kemudian lalukan pada serbuk yang sudah digaulkan. Letak di tempat yang boleh dimasuki oleh cicak dan juga belakang almari. Cicak akan mati apabila makan serbuk ini.

3. Cicak benci bau bawang putih dan merah. Gantung atau letak bawang di tingkap atau pintu. Boleh juga kisar bawang bersama sedikit air. Sembur jus ini di sekeliling rumah.

4. Dalam satu bekas, masukkan serbuk lada hitam, serbuk cili dan air kemudian masukkan dalam botol spray. Sembur dinding, tingkap dan pintu untuk elak cicak masuk dan merayap dalam rumah. Cicak tidak tahan dengan rasa pedas.

5. Cicak memang gerun dengan burung. Gantung atau letak bulu ayam sekitar rumah. Apabila cicak melihatnya, dengan segera ia akan menjauhkan diri.

Cuba anda buat? berkesan tak? Nanti komen balik ke sini. 

Sumber: siraplimau

No comments

Powered by Blogger.